ISLAM memandu umatnya untuk hidup di dunia ini dengan syariat yang serba lengkap meliputi­ keseluruhan aspek penghidupan termasuk dalam usaha mencari sumber rezeki.

Kita sebagai mukmin diminta sentiasa mengekalkan tahap usaha yang gigih dan cekal dalam mengusahakan sesuatu.

Panjatkan doa kepada Allah supaya dipermudahkan usaha pencarian sumber hidup.

Namun, jangan kita meremehkan pendekatan paling berkesan dan menjadi amalan umat Islam terdahulu untuk melancarkan kurniaan nikmat Allah kepada kita, iaitu mengamalkan solat Dhuha.

Solat Dhuha boleh menjadi senjata paling ampuh yang disediakan Allah buat setiap hamba-Nya menjemput rezeki.

Sebenarnya solat Dhuha adalah petunjuk yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya.

Dikatakan baginda selalu melakukan solat Dhuha ketika berada di rumah mahu pun ketika dalam perjalanan. Malah, solat Dhuha boleh dilakukan di mana saja dan tidak tertakluk di masjid semata-mata.

Solat Dhuha boleh dilaksanakan dalam jumlah antara dua hingga dua belas rakaat.

Ini yang ditunjukkan Rasulullah dalam satu pernyataan baginda yang katanya, “Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menyatakan “Wahai anak Adam.

Cukuplah Aku dengan melakukan empat rakaat solat Dhuha pada pagi hari, maka Aku pasti mencukupi keperluan mu pada akhir hayatmu.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Ya’la)”

Walaupun tujuan solat Dhuha didirikan adalah untuk memohon kurniaan rezeki, tetapi kita perlu bersihkan diri daripada segala daki dosa dengan bertaubat.

Kata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Jadi antara solat Dhuha dan taubat seseorang hamba saling berkait rapat. Lantaran itu barulah solat Dhuha boleh menjadi ‘magnet’ yang menarik rezeki kurniaan Allah kepada kita.

Sumber rezeki yang dilimpahi Allah apabila kita mendirikan solat Dhuha itu bukanlah semata-mata dalam bentuk material sebagaimana anggapan sesetengah golongan.

Rezeki kurniaan Allah luas ruang lingkupnya. Mungkin kita dikurniakan nikmat dalam bentuk kedamaian hidup walaupun berpendapatan kecil dan sederhana saja.

Mungkin dengan isteri yang cantik lagi solehah bersama-sama kurniaan anak yang sihat sejahtera juga adalah bentuk rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Dalam satu lagi sabda Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dua rakaat, dia tidak dicatat dalam kelompok orang yang lupa.

Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha empat rakaat, dia dicatat sebagai orang yang kuat beribadah. Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha enam rakaat pada hari itu segala keperluannya dicukupi Allah.

Sesiapa yang menger­jakan solat Dhuha lapan rakaat, Allah memasukkan­nya ke dalam golongan yang tunduk serta menghabiskan seluruh waktunya bagi beribadat.

Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dua belas rakaat, Allah membangunkan baginya sebuah istana indah dalam syurga.

Tidak ada dalam sehari semalam kecuali Allah pasti memberikan anugerah serta sedekah kepada hamba-Nya.” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Abu Daud)
Terbukti bahawa rezeki adalah satu kurniaan Allah melalui mekanisme solat Dhuha.

Ini kerana pengamalnya diberikan pelbagai dimensi rezeki dalam spektrum yang lebih membahagiakan seperti ganjaran pahala di sisi Allah di akhirat kelak selain Allah menjadikan kita sebagai insan soleh.

Rasulullah ada menerang­kan kepada kita bahawa orang yang selalu mengamalkan solat Dhuha selain dimurahkan rezeki dan dilancarkan segala urusan dia juga mendapat layanan cukup istimewa ketika di akhirat nanti.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila hari kiamat tiba, ada seseorang menyeru, “Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Sampai begitu sekali Allah layan hamba-Nya yang beramal dengan solat Dhuha ketika hidupnya di dunia ini. Kita mesti sedar bahawa permohonan supaya dipermudahkan rezeki Allah itu hendaklah disusuli dengan tindakan dan usaha kerja keras.

Solat Dhuha saja kemudian berdoa kepada Allah semata-mata, tidak mengubah apa-apa kepada rezeki. Ini kerana Allah

hanya mengubah nasib seseorang apabila mereka berusaha mengubahnya terlebih dulu.

Hal ini seharusnya diamalkan secara maksimum dan usaha yang termampu. Melalui kombinasi solat Dhuha, sentiasa berdoa dan berusaha gigih, lambat-laun, Allah pasti mencurahkan rezeki yang melimpah ruah kepada kita.

Justeru, bekerjalah kita dengan sekuatnya untuk mencari sumber rezeki yang halal lagi diberkati di samping bertawakal dan seimbangkan dengan amalan solat Dhuha.

 

 

Daripada: Mohd Rizal Azman Rifin

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar.

Lebih-lebih lagi perjalanan hidup berliku yang ditempuhi setiap insan menuntut ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi supaya dia berjaya dalam hidup. Oleh itu, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.

Hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan hidayah kepada hamba yang beriman dan bertakwa.

Hidayah Allah tidak ada kaitan dengan hubungan pertalian darah atau kekeluargaan. Seseorang yang taat dan hidup bahagia dengan hidayah Allah, tidak semestinya anaknya juga begitu. Contohnya, Nabi Nuh dan anaknya serta Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Lahab.

Ada juga orang fasik yang sentiasa bergelumang dosa tetapi anaknya seorang yang salih dan patuh ajaran Islam. Ini berlaku kepada Nabi Ibrahim dengan ayahnya, pengukir patung berhala.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyangka orang yang selalu melakukan kejahatan tidak akan mendapat hidayah Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa dikehendaki-Nya.

Nabi dan rasul, tugasnya menyampaikan kerana tidak ada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Azim ada menyebut sebab turunnya ayat kerana ada beberapa orang Islam yang bersedekah kepada fakir miskin penduduk Madinah, kemudian setelah ramai bilangan yang masuk Islam, maka Rasulullah SAW menegah memberi sedekah kepada orang musyrikin.

Tujuannya ialah untuk menarik mereka supaya menganut Islam kerana Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan hal ehwal mereka. Lalu turunlah firman Allah yang memerintahkan Baginda supaya terus memberikan sedekah kepada mereka.

Biarpun hidayah menjadi milik mutlak Allah, namun umat Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam kepada bukan Islam supaya beriman kepada Allah.

Dakwah yang baik dan berkesan hendaklah berpaksikan kepada tiga kaedah iaitu berdakwah secara hikmah atau bijaksana, memberi pengajaran atau contoh teladan baik dan bertukar fikiran atau berdialog dengan cara lebih baik.

Oleh itu, setiap Muslim perlu mempergiatkan usaha untuk berdakwah dan bersabar dalam menjalankan usaha dakwah Islamiah kepada bukan Islam supaya ia mencapai matlamat yang disasarkan iaitu keadilan Islam, keharmonian hidup serta kecemerlangan dalam hidup.

Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

 

 

Daripada: Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Majlis BBQ CNN 2011

Posted: May 27, 2011 by azhar77 in Aktiviti CNN

Laporan majlis BBQ dan majlis silaturrahim kuliyyah al-Quran (KQ) – CNN ke-3.

Tarikh :Sabtu, 7 Mei 2011

Masa : 12.00 p.m – 5.30 p.m

Tempat : Sophie Garden, Cardiff

Kedatangan : warga Cardiff CNN yang terdiri daripada rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Alhamdulillah, pada pagi sabtu yg lepas, majlis BBQ & majlis silaturrahim KQ-CNN 3rd edition telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan meriah. Sungguhpun hujan lebat membasahi bumi Cardiff seawal dari jam 8 pagi, majlis masih dapat diteruskan tepat pukul 12 tengah hari apabila sang mentari mula memancarkan sinarnya.

Warga Cardiff mula berduyun-duyun membanjiri kawasan Sophia Garden seawal jam 11 pagi lagi. Berteduhkan pohonan-pohonan rimbun di tengah padang yang luas, aktiviti dimulakan dengan menyediakan ‘stove’ untuk acara BBQ. Pelbagai makanan yang lazat lagi menyelerakan telah disediakan dan kebanyakan resipi datang dari Ustaz Anuar sendiri. Antara yang mendapat sambutan hangat ialah ikan kembung bakar, fillet panggang, shish kebab, ayam panggang, bbq kambing, dan juga bbq burger.  Kerjasama antara warga Cardiff jelas terpancar apabila masing-masing membantu untuk membakar makanan dan menjaga api, di samping menyiapkan tempat bersantai untuk orang ramai yang datang.

Semangat muhibbah dapat juga dilihat apabila warga Cardiff datang membawa kudapan-kudapan ringan untuk dikongsi bersama. Sementara menunggu ‘main dish’ untuk habis dipanggang, kudapan-kudapan inilah yang menjadi pembuka selera. Antaranya seperti roti john, kueh tepung talam, kuih bakar, macaroni n cheese dan juga maruku.

Lebih kurang pukul 1.30 tengah hari, Ustaz Anuar mengimamkan solat Zohor berjemaah. Biarpun hujan renyai-renyai jatuh ke bumi, lembayung pokok dapat melindungi kami dari kebasahan, dan keadaan pada waktu itu sungguh syahdu. Akhirnya, berkat kesabaran dan usaha semua orang, masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Makanan utama telah siap dipanggang, dan kami mula menikmati juadah-juadah BBQ yang sungguh menyelerakan. ditambah lagi dengan nasi goreng yang dibawa oleh seorang hamba Allah, hidangan yang disajikan amatlah memuaskan. Jelas kebahagiaan yang terpancar di wajah masing-masing apabila dapat merasa ikan kembung bakar, resipi yang amat dirindui dan mengimbau kenangan kepada tanah air tercinta.

Tatkala kami makan bersama-sama, ukhuwah sesama kami mula terjalin erat kerana majlis ini menggabungkan warga Cardiff daripada pelbagai peringkat dan bidang. Para ‘undergraduate’ dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan ‘postgraduate’, dan kami dapat berkongsi cerita tentang kursus dan kehidupan masing-masing. Jelas semangat assabiah kian meluntur berganti dengan jalinan silaturrahim seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Setelah menjamu selera, kanak-kanak yang datang riang bermain dan berlari-lari di padang yang luas. Tidak ketinggalan juga, muslimin yang lincah bermain Frisbee. Muslimah pula bermain bola tampar dan galah panjang. Kehadiran dua ekor kuda yang ditunggangi untuk bersiar-siar juga menarik perhatian kami .

Penutup majlis menyusul tiba. Lebih kurang pada pukul 5, tapak BBQ mula dikemas dan barang-barang disusun untuk dibawa balik. Sebelum pulang, kami bersalam-salaman dengan harapan ukhuwah yang terjalin dapat kekal erat simpulannya.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Ustaz Anuar atas usaha kerasnya serta pengorbanan masa,tenaga dan wang dalam menganjurkan majlis BBQ dan silaturrahim ini dengan jayanya. Lebih-lebih lagi tahun ini adalah tahun terakhir ustaz bersama kita, sebelum beliau pulang ke bumi Malaysia tidak lama lagi. segala mutiara ilmu yang telah Ustaz tintakan baik di dalam mahupun di luar kuliyyah al-Quran, pasti akan menjadi panduan berguna dalam meniti hidup sebagai hamba Allah yang dha’if di benua perantauan ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pelajar tahun akhir yang berada di Cardiff, atas sumbangan kewangan dan masa untuk majlis ini. Kepada seluruh warga Cardiff yang hadir dan turut sama memerah keringat untuk majlis ini, jazakumullahu khairan kathiraa. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi saudara/saudari jika tidak di dunia, di akhirat kelak nanti insyaAllah.

Gambar sekitar BBQ CNN

Daripada: Haulah Ghazali

Kesederhanaan imbangi tuntutan fardu ain, kifayah demi kebaikan dunia dan akhirat

KESEDERHANAAN atau wasatiyah adalah salah satu daripada ciri khusus dan keistimewaan agama Islam. Ia merujuk kepada satu keadaan yang tidak lebih dan tidak kurang, keadaan biasa dan sedang.

Bagaimanapun, dalam bahasa Arab, ada juga maksud yang lain daripada perkataan ‘at-tawaazun’ iaitu seimbang antara dua pihak, pihak yang melampau dalam sesuatu tindakan dan pihak mempermudahkan sesuatu perkara.

Justeru, yang dimaksudkan sederhana dalam tindak tanduk ialah apabila kita melakukan sesuatu dengan tidak melampaui batas dan tidak meninggalkannya terus. Islam menekankan persoalan kesederhanaan kerana ia satu bukti atau tanda kekuatan dan kecemerlangan umat Islam.

Umat Islam yang sederhana dalam tindak tanduk dan perbuatan serta gaya hidup bukan bermaksud hanya cukup dengan apa yang ada, tetapi jika diukur dari aspek kejayaan, mereka yang sederhana ialah golongan yang cemerlang.

Kesederhanaan mampu menarik minat manusia kepada agama, sekali gus menjadikan Islam satu-satunya agama yang mengatur disiplin umatnya dengan hukum dan peraturan, tetapi tidak menghalang setiap individu menjalani kehidupan.

Umat Islam yang positif kepada kesederhanaan juga adalah umat yang cintakan keamanan. Dengan erti kata lain, umat yang sederhana ialah umat bencikan kekacauan dan kerosakan. Melalui kesederhanaan juga, fitrah manusia dapat dipenuhi dan dibentuk dengan baik.

Ini berdasarkan teladan sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa isteri Baginda bertanyakan amalannya. Salah seorang daripada mereka memberitahu, beliau asyik berpuasa dan tidak berbuka. Seorang lagi menyatakan beliau asyik mengerjakan solat sunat pada waktu malam tanpa tidur.

Bagaimanapun, apabila sampai cerita mereka itu kepada Rasulullah SAW, Baginda menegaskan bahawa Bagindalah orang yang paling bertakwa dalam kalangan mereka namun Baginda berkahwin dan mengerjakan solat sunat waktu malam.

Baginda tetap merehatkan badan dengan tidur, berpuasa pada waktu siang tetapi berbuka apabila sampai waktunya. Tegas Baginda Rasulullah SAW, kesederhanaan penting bagi mengimbangi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah demi kebaikan di dunia dan akhirat.

Sebagai suami pula, seorang Muslim yang soleh bijak menggunakan akalnya dalam menunaikan kewajipan kepada ibu dan isterinya. Kesederhanaan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada keduanya boleh mengimbangi komitmen dan toleransi, supaya tidak derhaka kepada ibu dan isteri tidak dizalimi.

Dalam pembayaran nafkah contohnya, walaupun tidak dituntut isteri, suami tetap wajib memberinya kerana itu adalah tanggungjawab suami. Sehingga jika suami tidak berkemampuan, tanggungjawab itu harus dilunas oleh bapa atau datuk suami.

Pada masa sama, tanggungjawab kepada ibu bapa tidak boleh diabaikan. Nafkah asas menjadi wajib jika ibu bapa tidak berkemampuan, tetapi jika sebaliknya, perhatian dan penjagaan menjadi kewajipan yang tidak boleh dikompromi.

Jelas sekali Islam menuntut umatnya bersederhana dalam pelbagai aspek.

Umpamanya dari sudut ibadah, kesederhanaan itu terserlah apabila umat Islam mengerjakan ibadah tetapi tidak lupa tanggungjawab kepada masyarakat.

Justeru, bolehlah dikatakan kesederhanaan Islam dalam urusan ibadah terletak antara amalan penganut yang hanya mementingkan kerohanian semata-mata dan penganut yang menolak aspek kerohanian secara total.

Dalam aspek kesihatan dan keterampilan pula, Islam menggalakkan umatnya bersederhana dari segi pemakanan, cara berpakaian, corak perbelanjaan dan sebagainya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid. Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Dalam urusan dakwah, umat Islam dikehendaki bersederhana. Ini bukan bermakna pendakwah menggadaikan prinsip Islam tetapi merujuk kepada pendekatan serta cara pendakwah mendekati golongan sasaran supaya mereka faham dan mengikuti ajaran Islam.

Pendekatan itu terangkum dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan cara hikmah, membawa pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka menggunakan pendekatan yang baik. Orang yang sederhana ialah orang berada antara dua pihak, iaitu pihak yang melampau dengan pihak mempermudah-mudahkan sesuatu urusan.” (Surah an-Nahl, ayat 125)

Itulah uniknya amalan bersederhana yang dibawa Baginda, ia boleh menyatukan semua bangsa, malah menjadikan individu Muslim cemerlang di dunia dan akhirat.

Daripada:  Nik Salida Suhaila Nik Saleh

ALLAH berfirman bermaksud: “Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Ihsan adalah tonggak yang menegakkan kerangka agama seiring iman dan Islam. Namun, umat Islam kini memandang remeh konsep ihsan ini sehingga tidak mengambil endah kepentingannya dalam kehidupan seharian.

Jika diteliti, ihsan sama pentingnya seperti iman dan Islam dalam menentukan hala tuju kehidupan Muslim sama ada bahagia di dunia dan akhirat atau sebaliknya.

Ihsan bererti berbuat baik dan didefinisikan sebagai ajaran atau konsep mendukung etika kerja yang baik. Berdasarkan perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai produktiviti kerja secara optimum dengan hasil sumbangan terbaik dan berkualiti tinggi.

Konsep ihsan menjurus kepada dua matlamat utama. Pertama, ihsan dalam ibadat dan kedua, ihsan dalam muamalat.

Ihsan dalam ibadat ialah beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di samping ikhlas seolah-olah ketika itu sedang berhadapan dengan Allah.

Jika perasaan itu ada, sudah tentu manusia gerun untuk melanggar larangan Allah.

Menurut Ibnu Hajar, sekiranya manusia tidak dapat melihat Allah, maka hendaklah dia meyakini Allah melihat dan mengawasinya. Justeru, setiap Muslim hendaklah menyempurnakan ibadat dengan sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Perlu diingat konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadat semata-mata kerana ihsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.

Setiap Muslim dituntut berihsan dalam urusan kehidupan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya, bahkan dalam urusan muamalat seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan politik.

Dalam konteks ihsan dalam muamalat, Imam al-Asfahani memberi dua pengertian iaitu limpahan nikmat maslahah serta kepentingan pihak lain dan mempertingkatkan kualiti kerja itu sendiri. Pengertian yang pertama dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam komuniti Islam.

Ihsan juga dianjurkan terhadap haiwan. Imam Muslim meriwayatkan, “Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW ketika perjalanan jauh, menunggang unta begitu susah hendak dikendalikan. Lalu Saidatina Aisyah memalingkan unta itu ke kanan dan ke kiri. Maka Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Wahai Aisyah! Kamu hendaklah menaruh kasihan belas (berihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke dalam sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada sesuatu, maka ia akan rosak.”

Termasuk juga dalam skop ihsan, iaitu mempertingkatkan kualiti kerja yang bergantung kepada dua syarat utama, ilmu pengetahuan menyeluruh dan ketrampilan kemahiran yang mantap. Tanpa kedua-duanya, tidak akan melahirkan satu perbuatan atau kerja benar-benar berkualiti ihsan.

Ihsan sebagai konsep menjurus ke arah hasil kerja optimum menuntut setiap Muslim kepada tiga perkara berikut:

* Bekerja atau melakukan sesuatu kerja sebaik mungkin selaras sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai jika seseorang melakukan pekerjaan atau perbuatan dengan itqan (profesional dan terbaik).” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

* Menguasai ilmu pengetahuan dan mengetahui kemampuan diri berkaitan tugas sehingga menyempurnakan kerja tepat pada masanya. Ilmu dan kelayakan seseorang antara kriteria utama menjamin kejayaan kerja dilakukan.

* Ikhlas dan benar dalam kerja dan amalannya. Dalam hal ini, ulama salaf, Fudhail ‘Iyadh ditanya makna ikhlas dan benar dalam amalannya. Beliau menjawab: Sesungguhnya amal benar tapi tidak dilakukan dengan ikhlas, tidak diterima Allah. Begitu juga jika dilakukan dengan ikhlas tapi dengan cara yang tidak benar tidak diterima.

Daripada: Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Surah al-Asr mengandungi tiga ayat. Ia tergolong dalam kategori surah Makiyyah dan diturunkan selepas surah al-Inshirah. Hubungan surah ini dengan surah al-Takathur.

Dalam surah al-Takathur disebutkan bahawa mereka suka berbangga-bangga dengan jumlah yang banyak dan dengan apa saja yang dapat melalaikan mereka daripada mentaati Allah SWT.

Dalam surah ini pula disebutkan tabiat manusia yang mendorongnya kepada kebinasaan dan menjerumuskannya ke lembah kehancuran, kecuali orang yang dilindungi oleh Allah SWT dan dihindarkan daripadanya kejahatan hawa nafsunya.

Oleh itu, keterangan ini menjadi sebab turunnya surah al-Takathur. Di samping itu, disebutkan juga orang yang mengikut hawa nafsunya dan telunjuk syaitan sehingga terjerumus ke lembah kebinasaan.

Dalam surah ini juga disebutkan orang yang menghiasi diri mereka dengan tabiat yang baik, beriman kepada Allah SWT dan beramal soleh serta saling menasihati antara saudara-saudaranya agar berpegang teguh dengan tali kebenaran dan sabar menghadapi perkara-perkara yang tidak diinginkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. (al-Asr: 1-2)

Firman Allah SWT: Demi masa.

Al-Maraghi berkata: Allah SWT bersumpah dengan masa kerana di dalamnya terdapat banyak peristiwa dan pelajaran yang dijadikan sebagai petunjuk tentang kekuasaan, ketinggian hikmah dan keluasan ilmu-Nya.

Perhatikan kepada siang dan malam yang silih berganti yang kedua-duanya merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan

Perhatikan juga kesenangan, kesengsaraan, sihat, sakit, kaya, miskin, segar, letih, susah, gembira dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai petunjuk bagi orang yang berfikiran waras bahawa alam ini mempunyai pencipta dan pentadbir.

Dia adalah Allah SWT yang sepatutnya dijadikan tumpuan ibadah dan tempat memohon untuk menghilangkan penderitaan dan mendatangkan kebaikan. Akan tetapi orang kafir selalu menghubungkan peristiwa buruk kepada masa.

Mereka berkata: “Ini salah satu antara malapetaka yang disebabkan oleh masa. Ini adalah bala musibah. Lalu Allah SWT memberikan petunjuk kepada mereka bahawa masa itu termasuk antara makhluk-makhluk-Nya yang di dalamnya (masa) berlaku pelbagai peristiwa baik atau buruk.”

Oleh sebab itu, jika seorang ditimpa musibah maka perkara itu hasil daripada perbuatan tangannya sendiri, bukan disebabkan oleh masa.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian…

Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya makhluk ini benar-benar mengalami penderitaan seperti kerugian dalam amal perbuatannya kecuali orang yang dikecualikan oleh Allah SWT.”

Justeru, amal perbuatan manusia itu yang menjadi punca kesengsaraannya, bukannya masa dan tempat. Amalan itulah yang menjerumuskannya ke lembah kebinasaan sehingga dosa seseorang terhadap Tuhannya yang mengurniakan pelbagai nikmat kepadanya dianggap dosa pelanggaran yang tidak ada tandingannya.

Daripada: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Kuliah Al-Quran(KQ) Bulanan CNN

Posted: May 7, 2011 by azhar77 in Aktiviti CNN

Alhamdulillah, pada 10 April yang lepas iaitu bersamaan dengan hari Ahad, Cardiff Nusantara Network(CNN) telah mengadakan Kuliah Al-Quran(KQ) bulanan di Masjid Darul Isra’, Cathays. Kehadiran adalah cukup memberangsangkan iaitu seramai 70 orang(muslimin + muslimat).

Berikut adalah catatan ringkas mengenai Kuliah Al-Quran(KQ) yang diadakan:

Munakahat- sistem kehidupan muslim

Firman Allah dalam surah Ar Rum ayat 21:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.  (Ar Rum: 21)

Berdasarkan ayat tersebut, kita dapat lihat bahawa yang mencampakkan rasa cinta ke dalam hati manusia ialah tak lain tak bukan, Allah swt. Allah juga lah yang menjadikan rasa tenteram terhadap pasangan kita.

Contohnya, suami penat-penat balik dari kerja, bila sampai rumah, tengok isteri, terus rasa tenang, hilang rasa penat.

Rasulullah s.a.w bersabda: Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim

Perkahwinan perlu ada perancangan yang teliti.

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Ia memerlukan persiapan dan perancangan yang teliti agar sebuah baitul muslim yang diredhai Allah dapat dibina. Semoga dengan perkahwinan tersebut dapat melahirkan masyarakat Muslim yang dapat bekerja untuk agama Allah.

Lain pula di Malaysia yang mana institusi perkahwinannya sekarang ini dah kronik…. Banyak sangat kes kes perceraian. Lagi-lagi dalam kalangan artis-artis. Seperti artis-artis Hollywood di mana berkahwin dan bercerai tidak lama daripada itu.

Tambahan pula dengan penyakit orang melayu yang tidak mahu langkah bendul. Sebenarnya, tidak salah kalau langkah bendul. Kalaulah sudah memang ditakdirkan yang si abang ataupun si kakak berkahwin lambat atau pun tak bertemu jodoh lagi, takkan lah kita pula yang kena tangguh untuk melangsungkan perkahwinan. Kalaulah si abang itu sampai ke hujung hayatnya tidak berkahwin, takkan kita kena menjadi sebegitu juga.

Antara perkara-perkara yang disentuh berkenaan perkahwinan:

  1. Seelok-eloknya, sebelum mencari pasangan hidup, tanyalah dahulu kepada ibu bapa  kita mengenai kriteria pilihan. Seboleh-bolehnya, carilah pasangan yang menepati kriteria yang ibu bapa mahukan.Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah antara menantu dengan mertua apabila sudah kahwin nanti. Susah juga kalau mertua tidak berkenan pada menantu ini. Mungkin, boleh menyebabkan kepada penceraian. Tetapi, ibu bapa juga kenalah bertolak ansur dan memahami anak mereka. Janganlah terlalu keras dan memaksa dalam hal ini. Sekiranya pasangan yang anak pilih itu baik agamanya permintaan itu wajar dipertimbangkan. Petikan daripada kata-kata Ustaz Anwar: “jangan sesekali berkahwin kerana hendak menjaga hati ibu bapa. Jangan perjudikan hidup kamu.”
  1. Kita perlu tahu dengan siapa orang yang kita hendak berkahwin itu. Maksudnya, sebelum berkahwin itu perlulah mengambil tahu juga macam mana rupa bakal suami/isteri kita. Tapi janganlah sekadar memilih pasangan kerana rupa parasnya, kerana rupa paras akan dimamah usia.
  1. Selain itu, kita hendaklah mengetahui fiqh-fiqh dalam berumahtangga. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Ini lah kepentingan ilmu! Antara perkara yang perlu tahu ialah  rukun nikah itu sendiri.

Rukun nikah:

1-      Pengantin lelaki

–          Islam

–          Baligh

–          Berakal

–          Tidak boleh berkahwin ketika dalam ihram

–          Bukan mahram

–          Tidak beristeri empat pada masa itu (perlu menceraikan salah satu)

2-       Pengantin perempuan

–        Islam

_        Baligh

–         Berakal

–          Bukan isteri orang, melainkan dia sudah cerai dan sudah habis ‘iddah

3-      Wali

–          Ayah

–           Datuk sebelah ayah

–           Abang

–          Adik beradik seibu sebapa

–           Bapa saudara

–          Merdeka

–          Wali yang tidak dipaksa

*bagi anak zina, walinya ialah pemerintah Negara*

4-      Dua saksi

–          Islam

–          Baligh

–          Berakal

–          Dapat mendengar dan melihat dengan sempurna

–          Saksi yang tidak nyanyuk/ pelupa

–          Faham bahasa yang dituturkan oleh pengantin

(guna bahasa yang difahami)

5-      Akad

–          Ijab dan Kabul

–          Seeloknya biarlah bapa kandung yang menjadi kadi

  1. Mahar ialah hak mutlak isteri. Boleh ditetapkan sendiri apa mahar yang kita hendak.  Boleh jadi dalam bentuk rumah, duit, Al Quran, etc. Tetapi perpada-padalah dalam menetapkan mahar. Jangan sampai membebankan suami. Tambahan: Perempuan ada hak untuk tak ditiduri jika suami belum membayar mahar.
  1. Kenapa tidak mahu menjadi isteri kedua? Kenapa tidak memberi izin suami berkahwin satu lagi? Rezeki adalah daripada Allah. Kalaulah sudah memang jodoh si suami, kenapa kita perlu halang?

Daripada kita biarkan suami berbuat zina/ benda tak senonoh di belakang, izinkanlah si suami itu berkahwin lagi.

Sekiranya si isteri itu uzur atau mandul, izinkanlah si suami itu berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat.

Jadilah isteri yang redha.

  1. Menjadi isteri ni banyak kelebihannya, sebagai contoh, bila suami menunaikan solat tahajud ataupun bangun malam beribadat, pergi  solat  secara berjemaah, isteri akan mendapat pahala yang sama seperti suami. Sebab itulah juga, penting untuk muslimat mencari pasangan yang bertakwa.
  1. Suami tidak boleh mengambil duit isteri. Haram, kecuali  jika isteri itu redha. Sebab itu lah di awal-awal perkahwinan perlu diadakan mesyuarat dengan suami, sama ada mahu berkongsi atau tidak duit si isteri. Kalau isteri memberitahui tidak ingin berkongsi, maka si suami tidak boleh menggunakan duit isteri tersebut.

 

  1. Antara sebab-sebab  isteri nusyuz:-
    1. Diri sendiri
    2. Suami
    3. Keluarga
  1. Diri sendiri:

–          Apabila si isteri tidak menunaikan hak suami. Contohnya,  isteri tidak boleh tidur sebelum suami tidur.

–          Apabila isteri tidak  laksanakan perintah suami, selagi mana perintah itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. Contoh: Suami menyuruh untuk memotong kuku, perlu untuk memotong pada kadar yang segera.

  1.  Suami:

–          Ada sesetengah suami yang panas baran, membuatkan isteri tertekan lalu nusyuz. Ada juga suami yang tidak menyentuh isteri mereka.

  1. Keluarga:

–          Ada sesetengah keluarga yang memang dari awal lagi tidak berkenan dengan menantu, sanggup menghasut, dan gemar mencari salah menantu sehingga menyebabkan pelbagai krisis berlaku. Oleh sebab itulah, penting untuk mencari pasangan yang serasi dengan keluarga. Di sini juga menunjukkan kepentingan berkahwin dengan pasangan yang sekufu agar boleh memahami kehendak masing-masing.

*ingatlah bahawa orang perempuan yang nusyuz ni tak diterima ibadatnya oleh Allah.*

  1. Seorang Isteri hendaklah mengambil tahu apa makanan kegemaran suami, warna kesukaan, dan perkara-perkara yang kurang disukai oleh suami. Begitu jugalah dengan suami. Jadi dengan ini, InsyaAllah boleh menambah keharmonian rumahtangga.
  1. Suami wajib menyentuh isteri. Tetapi, ada adab-adab yang perlu dipatuhi yang selari dengan tuntutan syarak.

TALAK

“Maka rujuklah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik pula” (At Talak :2)

Lafaz talak terbahagi kepada dua:

  1. Talak Soreh (jelas)
  2. Talak Kinayah.

Talak Sharih membawa maksud “nyata” atau “jelas”. iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah “Talak” atau “Cerai”.

Contoh lafaz yang Soreh:

  1. Aku ceraikan kau dengan talak satu
  2. Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
  3. Hari ini aku ceraikan kau

Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang “Soreh” seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

  1. Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
  2. Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
  3. Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

Sumber:  http://app.syariahcourt.gov.sg/syariah/front-end/TypeOfDivorce_Talak_M.aspx

Talaq dapat dikategorikan seperti berikut:

  1. i.              Talaq Raj’ie
    Iaitu talaq satu atau dua yang dilafazkan oleh suami. Suami boleh kembali (rujuk) kepada isterinya dalam tempoh iddah tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin (mahar) yang baru.
  2. ii.            Talaq Bain
    Iaitu perceraian yang tidak boleh dirujuk oleh suami dalam tempoh iddah isteri,melainkan dengan akad dan mas kahwin (mahar) yang baru. Ia boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:
  3. iii.           Talaq bain Sughra (kecil).
    Iaitu apabila suami menceraikan isteri dengan talaq raj’ie samada satu atau dua kemudian tidak merujuknya hingga tamat tempoh iddah. Begitu juga perceraian yang berlaku sebelum persetubuhan, perceraian denagn sebab ‘ila,fasakh dan khulu’ (tebus talaq) dan pertukaran agama suami isteri.
  4. iv.           Talaq Bain Kubra (besar).
    Iaitu talaq tiga (talaq raj’ie atau talaq bain sughra) yang telah berlaku sebanyak tiga kali. Apabila berlakunya talaq tiga, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:

 

–          Setelah selesai iddah isteri itu.Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

–          Suami kedua menyetubuhi bekas isteri itu.

–          Suami kedua menceraikan si isteri.

–          Selesai iddah dari suami yang kedua itu.

 

  1. Talaq (Faraq) Bain Muabbad (kekal)
    Iaitu pembubaran perkahwinan yang terjadi sebagai implikasi daripada proses li’an, dan tidak ada peluang lagi bagi suami isteri untuk berkahwin semula melalui apa cara sekali pun, selama-lamanya. Ia hanya berlaku dengan cara li’an.
  2. Talaq Sunnah (Mengikut Sunnah) 
    Iaitu talaq yang digalakkan oleh syarak dan menurut adab yang telah ditentukan seperti mentalaq isteri yang pernah disetubuhi ketika sedang suci dan belum berlaku persetubuhan ketika suci tersebut,dan talaq yang berlaku sekali lalu diikuti dengan rujuk dalam tempoh iddahnya, kemudian talaq kedua lalu diikuti dengan rujuk. Talaq sebegini hukum asalnya diharuskan dan menjadi sunat jika dilakukan dengan alasan yang munasabah di sisi syarak dan ia dikira sah.
  3. Talaq Bid’ah (Tidak Mengikut Sunnah) 
    Iaitu talaq yang tidak digalakkan oleh syarak dan tidak menurut adab yang ditentukan.Contohnya mentalaqkan isteri dengan talak tiga sekaligus, atau mentalaqkan secara berturut-turut 3 kali dalam satu majlis sebelum sempat tamat iddah bagi setiap satu talaq, atau mentalaqkan ketika keadaan haid atau nifas atau ketika masa suci tetapi telah disetubuhinya.

Ijma’ ulamak telah menyatakan bahawa talaq bid’ah haram dilakukan dan pelakunya (suami) adalah berdosa.Namun jumhur ulamak menyatakan bahawa talaq bid’ah ini tetap jatuh.

*Rujuk kena ada persetujuan isteri

10.  Sekiranya ada pertelingkahan antara  suami isteri , salah seorang hendaklah senyap dan sabar. Api kalau ditambah dengan api maka benda yang lagi buruk akan berlaku. Ditambah lagi dengan syaitan yang mencucuk-cucuk. Hidup berumahtangga ini perlu banyak bersabar.

11. Suami boleh menggunakan pendekatan tidak menegur isteri, boleh selagi mana untuk mendidik isteri, dan bukannya untuk menzalimi isteri.

Hadis yang beritahu mengenai:bila bercerai maka bergegarlah arasy Allah- hadis palsu.

Persoalan anak zina

Haram menasabkan anak tersebut kepada bapa zina tersebut.

Sekiranya anak yang dalam kandungan tu, kurang dari 6 bulan dalam kandungan, boleh dinasabkan dengan nama ayahnya. Tapi jika dah lebih 6 bulan kandungan, status anak tersebut ialah anak zina.

Contoh:  Z berzina dengan X, kemudian tiga bulan selepas itu Z mengandung. X kemudiannya mengahwini Z, iaitu ketika kandungan dalam perut Z masih berumur tiga bulan. Jadi, apabila anak tersebut lahir, X boleh mem’bin’kan anak tersebut dengan namanya,contoh: K bin X.

Tetapi, kalau X berkahwin dengan Z selepas 7 bulan usia kandungan tersebut, anak yang dikandung itu statusnya ialah anak zina.

Anak zina ni, tidak boleh  mendapat harta pusaka.

 Khatan

  1. Khatan hanya wajib bagi lelaki–à ni menurut pendapat ulama’- ulama’ fikh.
  2. Berdosa jika lelaki lambat mengkhatankan anak mereka.
  3. Sunat untuk anak dikhatankan pada hari ketujuh kelahiran, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang mengkhatankan cucu- cucu baginda pada hari ketujuh kelahiran.
  4. Perempuan tidak wajib untuk berkhatan.
  5. Bagi muallaf, tidak wajib untuk berkhatan, tetapi kalau dia bersedia, boleh sahaja niat itu untuk diteruskan.

Menyentuh mengenai fatwa tidak boleh berkahwin di dalam masjid:

?????

Bila jadi haram?

–          Apabila pengantin tidak mentutup aurat

–          Apabila orang-orang di sekeliling tidak menutup aurat

Di akhir Kuliah Al-Quran(KQ), telah diadakan pula mesyuarah kepimpinan CNN yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Anwar. Beliau membincangkan mengenai perlunya ada tanzim(organisasi) dalam CNN memandangkan pada sebelum ini CNN bergerak tanpa mempunyai tanzim yang tetap ataupun secara sukarela..

Sekian sahaja

Wassalam…

ALLAH SWT menciptakan manusia dengan pelbagai keunikan dan dibekalkan nikmat tidak terhitung nilainya. Antaranya keunikan serta nikmat itu ialah cenderung kepada kemewahan dan kesenangan. Namun, keperluan sebenar bagi jiwa manusia adalah mengenali dan mendekati penciptanya.

Keperluan mengenali Allah melebihi dari keperluan makan, minum serta seksual. Tiada kesenangan di dunia dan akhirat kecuali mengenali, mengasihi dan beribadah kepada yang Maha Esa.

Ulama’ menyebut: “Apabila seseorang makhluk mengenali pencipta, maka dia akan mendapat ketenangan yang luar biasa. Mereka akan mendapat kekuatan dengan mengenali sifat Allah dan berasa lebih yakin dengan kekuasaan-Nya.”

Mereka yang mencapai kemuncak pengabdian kepada Allah adalah mereka yang mengenali semua nama Allah dan sifatnya serta dapat diterjemahkan melalui perbuatan mereka. Ini kerana nama Allah dan sifatnya adalah rangkuman semua sifat kesempurnaan dan kemuliaan.

Baginda Nabi SAW menyebut dalam rukuk ketika bersolat maksudnya: “Maha suci Tuhan yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan.” Hadis riwayat Nasai’)

Baginda juga sering menyebut dalam doanya: “Maha suci-Mu yang tidak terhitung akan kepujianMu seperti mana Engkau telah memuji akan diri-Mu sendiri.” (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: “Segala makhluk yang melata di langit dan bumi adalah di bawah pengawasan-Nya.” (Surah Hud, ayat 56). Oleh itu, jika semua manusia bersepakat untuk memudaratkan antara satu sama lain, nescaya tidak akan berlaku melainkan dengan izin-Nya.

Ilmu Allah merangkumi segala apa yang sudah berlaku, sedang atau akan berlaku serta segala pergerakan makhluk adalah berada dalam ilmu pengetahuan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Apa yang kamu dedahkan atau sembunyikan pada waktu malam dan siang, semuanya di bawah ilmu Allah.” (Surah Ar-Ra’du, ayat 10)

Allah juga mendengar segala bisikan suara di mana saja mereka berada.

Saidatina Aishah berkata: “Segala puji bagi Allah yang mendengar segala bisikan di mana telah datang seorang wanita bernama Khaulah Binti Sa’labah berkata sesuatu kepada Baginda SAW dan aku berada jauh dan tidak mendengar apa pun.

Lalu turunlah ayat al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya Allah mendengar seseorang mengadu mengenai suaminya dan engkau wahai Muhammad mengadu kepada Allah dan Allah mendengar perbualan kamu berdua.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 1)

Perbendaharaan Allah memenuhi ruang langit dan bumi. Sentiasa bersedia untuk memberikan sesuatu kepada hambanya sama ada mereka meminta ataupun tidak.

Rahmatnya sentiasa turun pada sepertiga malam lalu berkata: “Siapakah yang memerlukan pertolongan nescaya Aku akan membantu.”

Ikan di laut, burung di udara semuanya tiada terkecuali dari mendapat kelebihan daripada rahmat Allah seperti firman yang bermaksud: “Dan tidak ada satu makhluk pun yang melata di bumi melainkan telah tercatat akan rezeki masing-masing.” (Surah Hud, ayat 6)

Jika Allah memperkenankan semua doa yang dipohon, ia tidak sekali-kali akan mengurangkan khazanah-Nya walau sedikitpun. Allah menambahkan lagi bonus pahala bagi yang beramal melakukan kebaikan. Digandakan lagi satu kebajikan kepada sepuluh pahala sehingga tujuh ratus kali ganda.

Beribadah pada malam Lailatulqadar disamakan dengan beribadah seribu bulan, berpuasa tiga hari pada bulan Syawal bersamaan pahala berpuasa setahun, yang membantu dengan ikhlas akan digandakan pahalanya sehingga tidak terhitung.

Demikianlah tawaran Allah yang sentiasa terbuka kepada hambaNya, betapa pemurah dan penyayang akan pencipta terhadap makhluknya.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Pada hari kiamat diletakkan langit pada hujung jari-Nya (kekuasaan-Nya), bumi pada jari-Nya, bukit bukau dan tumbuh-tumbuhan diatas satu jari-Nya seraya berkata: Akulah yang maha berkuasa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: “Seandainya pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta dan ditambah tujuh lautan lagi setelah keringnya nescaya tiada cukup untuk menulis akan nikmat dan kekuasaan Allah.” (Surah Luqman, ayat 27)

Demikianlah rentetan kekuasaan Allah supaya dapat diperhatikan bersama supaya kita lebih tawaduk dan merendahkan diri dengan kekuasaan sementara yang diberikan Allah.

Daripada:  Zamanuddin Jusoh

JANGAN BERLEBIHAN…bergurau perlu ada batasannya dan tidak sampai menghina serta menyakitkan hati orang lain. – gambar hiasan

KITA perlu sentiasa menghitung diri; adakah orang yang berada di sekeliling berasa senang de ngan tindak-tanduk yang kita lakukan? Ia menjadi muhasabah penting supaya ikatan persaudaraan berada dalam suasana harmoni tanpa sebarang persengketaan.

Apabila hubungan persaudaraan ‘tercemar’ maka akan wujud pelbagai kesan buruk seperti sikap pentingkan diri sendiri, amalan fitnah-memfitnah serta membangkitkan perasaan tidak puas hati.

Hubungan yang dinyatakan itu termasuk bagaimana cara kita berinteraksi dengan masyarakat sekeliling serta penerimaan orang ramai terhadap idea dan pendapat yang kita diutarakan.

Malah, cara bergurau juga perlu diambil perhatian kerana kita tidak boleh menganggap semua orang selesa dan dapat menerima apa kita lakukan.

Sebaliknya, kita perlu mempamerkan adab dan etika sebenar sebagai se orang Muslim iaitu menjauhi segala bentuk persengketaan. Mungkin pada kita ia bersifat gurauan, tetapi sebenarnya perbuatan itu tidak disenangi.

Apabila melakukan kesilapan kepada orang lain maka segeralah meminta maaf kepadanya. Jangan ditang guh atau merasakan kita berada di pihak benar kerana menghulur kemaafan itu amat mulia dan tinggi nilaiannya di sisi Allah SWT.

Kenapa bergurau perlu berpada-pada padahal ia dikira perbuatan yang mendatangkan keseronokan dan kegembiraan? Kadang-kadang kita bergurau bertujuan untuk mengusik, tetapi mungkin masa dan tempatnya tidak sesuai.

Malah, bergurau boleh menjadi haram jika wujudnya unsur sindiran, lucah, bertujuan menyakiti hati pihak lain serta memberi gelaran kepada seseorang dengan perkara yang tidak disukainya.

Manakala gurauan yang terpuji pula bersifat memberi penghargaan, penghormatan selain diterjemahkan dengan penuh sopan, bercakap dengan nada lembut serta menyelitkan unsur humor yang tidak berlebihan.

Jadi tidak kiralah sama ada kita bergurau dengan kawan-kawan, suami, isteri, ibu, bapa, adik-beradik, guru atau majikan ia perlu bertunjangkan dengan perkara asas berkenaan.

Rasulullah s.a.w pernah bergurau, namun semua ucapan yang keluar daripada mulut Rasulullah itu adalah wahyu Ilahi. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepada nya).” (Surah An Najm ayat 3-4)

Perwatakan perlu bersederhana dan paling penting kita tidak boleh terlalu serius sepanjang masa. Menjadi sunnah Rasulullah s.a.w untuk menggembirakan orang lain.

Jika berduka, perlu ada cara meratapinya begitu juga apabila berada dalam gembira kita perlu bersederhana meraikannya. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia.

Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh insan yang memiliki akhlak terpuji. Kita perlu berhati-hati supaya gurauan yang diada-adakan itu tidak menjadi bahan jenaka sehingga membuat kan orang lain ketawa secara berlebihan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta supaya dengannya orang banyak jadi tertawa. Celakalah baginya dan celakalah. (Hadis riwayat Ahmad)

Dibimbangi juga ada kalangan kita bergurau untuk mengenakan dan menyusah kan kawannya. Contohnya, menyorok barang berharga kepunyaan kawan sehingga dia berasa susah hati.

Walaupun tujuannya hanya untuk bergurau dan berseronok, namun ia dilarang sama sekali. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah seseorang di antara kamu mengambil barang temannya. Apakah itu hanya gurau atau sungguh-sungguh dan jika ia mengambil tongkat temannya, maka dia harus mengembalikan kepada-Nya”. (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Selain itu, contoh lain yang boleh dijadikan iktibar ialah jangan mengganggu golongan yang melatah. Biasanya golongan sebegini sering menjadi tumpuan dan bahan usikan di atas kelemahannya.

Moralnya, walaupun perkara itu kelihatan menyeronokkan, tetapi ia sebenarnya tersasar daripada garis panduan Islam yang mahu umatnya saling menghormati dan tidak sesekali memalukan orang lain di khalayak umum.

Justeru, elakkan bergurau senda sehingga melampaui batas. Islam adalah agama yang mengajarkan umatnya adab ketika berbicara.

Lebih afdal kiranya, kita melebihkan kerja daripada banyak bercakap.

Biarpun sedikit, tetapi ia bermakna dan berkualiti daripada banyak berbicara, tetapi langsung tiada hasil nya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesung guhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hadis Riwayat Ahmad Tirmidzi)

Terdapat beberapa kisah Rasulullah yang mengaitkan dengan cara baginda mempamerkan gurauannya. Salah satunya, Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua di mana wanita itu berkata “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.”

Perempuan itu balik dan menangis. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi)

Gurauan Rasulullah berkenaan terkandung pelbagai pengajaran. Abu Hurairah meriwayatkan: Sahabat berkata “Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab yang maksudnya: “Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar”. (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Bagaimana dikatakan gurauan yang ditegah? Ia termasuk yang mengandungi unsur penghinaan terhadap orang lain. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina… ” (Surah al-Hurujaat ayat 11)

Ayat di atas menerangkan, kita tidak boleh mencari aib, membuka rahsia dan mengumpat sesama Muslim kerana Islam menuntut umatnya menjaga perdamaian dan persaudaraan.

Dalam Islam ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan bergurau. Nabi Muhammad s.aw. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang mana yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan bergurau atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Maka berhati-hatilah ketika bergurau. Gurauan perlu dijadikan medan menambah erat lagi hubungan serta menceriakan. Jadikan cara Nabi Muhammad s.aw. bergurau dengan orang di sekeliling baginda.

Lihat bagaimana cara Rasulullah s.a.w menjaga adab dalam bergurau. Baginda tidak sesekali membohongi orang yang baginda bergurau, malah ia menjadi ‘seni’ yang boleh diteladani.

Perunding motivasi, Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata bergurau adalah sebahagian daripada fitrah manusia yang perlu dipenuhi.

“Bergurau bertujuan untuk mendapat kerehatan dan menghilangkan rasa kelesuan. Ia adalah keperluan hati bagi meringankan tekanan yang dihadapi seseorang.

“Rasulullah turut bergurau dengan sahabat dan isterinya, namun cara baginda bergurau penuh dengan hikmah dan memberi kesan. Maka bergurau perlu kepada batasan tertentu yang tidak sampai menyakiti hati orang lain,” katanya.

Beliau berkata menjadi kesalahan jika bergurau senda sampai ke peringkat menyerang peribadi atau mempunyai unsur peng hinaan sehingga ada me nyebabkan ada yang berkecil hati.

“Sedar atau tidak, apabila bergurau secara berlebihan ia membuatkan individu lain berasa diri mereka diaibkan dan dipermainkan. Kita perlu tahu jika berlaku perkara sedemikian maka hilanglah kehebatan seseorang.

“Allah murka dan merendahkan martabat golongan yang gemar bergurau secara keterlaluan selain mereka turut tidak disukai orang lain,” katanya.

Mohd Zawawi berkata banyak bergurau menyebab kan seorang itu banyak ketawa sehingga menyebabkan hati mereka menjadi keras yang pasti tidak membawa ketenangan.

“Jangan sesekali menjadikan individu lain sebagai bahan ketawa kerana dibimbangi mereka tidak me nyukainya. Selain itu, bergurau berlebih-lebihan ini juga akan menyebabkan seorang itu banyak ketawa sehingga boleh mematikan hati.

“Bermula dengan bergurau ia akan menyebabkan berjangkit kepada perkara buruk lain seperti mengumpat dan mengejek yang boleh menjadi hobi yang tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata bergurau juga dari sudut yang lain boleh dikaitkan juga dengan janji seorang pemimpin kepada rakyat di bawah pimpinannya.

“Seorang pemimpin yang bertanggungjawab akan memastikan janjinya dikotakan kepada rakyat secara berperingkat-peringkat.

“Mereka tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan, malah jauh sekali menganggap ia sebagai ‘gurauan’ bagi memenangi hati rakyat,” katanya.

Daripada: E-pondok

Laporan CNN Circle(Muslimin) – 13

Posted: April 15, 2011 by azhar77 in Muslimin, Usrah

Usrah CNN

Tarikh: 18/3/2011

Tempat: Darul Isra’

Kehadiran: 18 orang

Pengerusi: Abdul Aziz

Pencatat: Azhar

Pengisian: Al-Fadhil Ustaz Basil

Tadabbur Al-Quran

Surah Al-Furqan: Ayat 61-77

Perkongsian ibrah daripada sahabat2

Abdul Aziz: Dalam ayat 33 hingga ayat 67, Allah SWT gambarkan cirri-ciri orang mukmin yang dikehendaki –Nya. Allah menyuruh manusia menjadi rendah hati bila berjalan di Bumi Allat SWT pada 63. Seterusnya, dalam ayat 72 Allah SWT menggambarkan cirri-ciri hamba yang pengasih iaitu tidak memberikan kesaksian palsu.

Ahmad Farhan: beliau memberitahu dalam ayat 67 mengenai pentingya kita menginfaq di jalan Allah SWT dan jangan takut akan kemiskinan bila kita menginfakkan harta di jalanNya.

Ustaz Basil: Dalam ayat 68, Allah tidak membenarkan zina dan akan mendapat doasa jika kita melakukannya. Seterusnya, dalam ayat 61, orang yang bertaubat nasuha akan suci daripada dosa dan dalam ayat 74, ubat kepda zina adalah dengan berkahwin. Mengikut Ustaz Basil, Al-Quran ini sesuai untuk sepanjang zaman dan akalu ada masalah, bacalah al-Quran

Uncle Wan: beliau berpesan, jika ada isteri, jagalah baik0-baik dan kita ada tanggungjawab besar terhadap isteri. Jika di United Kingdom(UK), kadar perceraian yang berlaku adalah melebihi 30%

Pengisian

Sifat-sifat Allah

Qudrah(mampu, berkuasa)

-umat Islam miskin, disebabkan malas berusaha

-umat Islam mundur, bukan sebab Allah tidak berkuasa, tetapi tasa faktor umat Islam itu sendiri

Iradah(kehendak)

-kehendak Allah SWT untuk menjadikan orang yang baik dan jahat

-Allah SWT taklifkan kita untuk menjadi baik, beramal dan soleh

-katakan yang buruk daripada kita, yang baik daripada Allah SWT walaupun buruk daripada Allah SWT

Ilmu

-bagaimana Allah SWT hendak mentadbir Bumi tanpa ilmu?

-ilmu hanya ada pada Allah SWT

-ilmu manusia perlu diusahakan, dicari dan kena rajin. Barulah cepat jadi ‘alim

-walaupun kita sudah PHD, kita mesti merasakan diri kita ini masih jahil dan jangan angkat diri

Haiyyun(hidup)

-Allah SWT tidaka kan tidur dalam mentadbir alam

-jika Allah SWT tidur, nescaya binasalah alam ini.

Daripada: Mohd Azhar Yusoff